Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Semua warga kampus yang dikasihi,
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
24 April 2018 ( Selasa )
11.00 pagi – 11.10 pagi

Program ini mensasarkan seluruh rakyat Malaysia yang mana ianya diadakan secara serentak di seluruh negara. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ayuh warga UTM, walau di mana sahaja anda berada, berhenti sejenak dari melakukan apa jua aktiviti dan sama-sama membaca bersama selama 10 minit pada 24 April 2018 jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
Rakam gambar aktiviti membaca tersebut dan hantar 1 foto tersebut ke library@utm.my sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama. Labelkan foto tersebut dengan nama bahagian atau jabatan anda. Foto aktiviti yang anda hantar akan dimuat naik ke laman facebook Perpustakaan UTM.
Kepada pencinta buku, ayuh jayakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini.

Hastag #JOMBACA