Biography

HAMID BIN SAAD  adalah Profesor Madya di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, UTM. Beliau dilahirkan di Kampung Datok Kayaman, Chuping, Perlis pada tahun 1959. Berpendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Datok Kayaman, sekolah menengah di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman, Tunjung, Perlis, dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Hons. (USM), 1983, Ijazah Sarjana Sains (Perancangan), (USM), 1985 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Geografi (UKM), 2000. Beliau merupakan bekas Ketua Kursus (Perancangan Bandar dan Wilayah), Fakulti Alam Bina dari tahun 1999 shingga tahun 2007. Pernah terlibat kerja-kerja perundingan dengan agensi-agensi pembangunan wilayah dan luar bandar, khususnya dengan KEJORA, LKWJ Pahang, KKLW, INFRA, FELDA, FELCRA dan KPRJ. Manakala dalam penulisan akademik dan penyelidikan, beliau lebih tertumpu kepada bidang pembandaran dan petempatan di wilayah luar bandar, khususnya melibatkan kajian di Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Beliau juga adalah seorang Perancang Bandar Berdaftar (A 0408), Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP – 605/12), serta Ahli Jawatankuasa MIP Cawangan Selatan.