YBhg. Prof./Saudara,

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sukacitanya dijemput untuk menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2015 oleh YBhg Datuk Naib Canselor yang dijadualkan akan diadakan pada 5 Januari 2015 (Isnin).

Perincian Perhimpunan Bulanan kali ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 Januari 2015 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat :
i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
ii. [LIVE TELECAST] Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur.

Pakaian: Korporat

Atur cara:
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Amanat Tahun Baharu oleh YBhg. Datuk Naib Canselor
: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian Sijil, dan Cenderamata
: Bersurai

Seluruh warga UTM dengan segala hormatnya dijemput hadir ke sesi Amanat Tahun Baharu 2015 ini. Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.